Tuesday, February 7, 2023

HARI BERTEMU PELANGGAN MUADZAM SHAH

 

6 Februari 2023 : Sekitar Program Hari Bertemu Pelanggan Zon Muadzam Shah telah berlangsung pada 6 & 7 Februari 2023 (Isnin dan Selasa) dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang yang telah dirasmikan oleh YB Ir. Razali Kassim (ADUN Muadzam Shah) serta Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderamata kepada penianga.


Turut diadakan Sesi Town Hall 2023 bersama warga Muadzam Shah bersama ketua-ketua jabatan Daerah Rompin yang berlangsung di Dewan Besar Dara Muadzam Shah. Lebih daripada 20 gerai pameran daripada pelbagai agensi telah mengambil bahagian antaranya Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Majlis Daerah Rompin (MDR) dan Politeknik Muadzam Shah.


Monday, November 7, 2022

PROGRAM B40 UPU2U 2022 (ZON PAHANG)

 

20.09.2022 (BERA) : Hari ini team promosi kami berada di Bera untuk bersama-sama memeriahkan program B40 UPU2U 2022. Program ini menghimpunkan lebih 20 pempamer daripada IPTA dan ILKA bertempat di Dewan Rakan Muda Bera. Program ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Prof Dato' Ts. Dr. Yuserrie Bin Zainuddin, Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang.

Turut hadir bersama pada majlis tersebut ialah Pengarah Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA), En Wahi bin Nordin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Tuan Mohammad Rosli bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Unit Ambilan Pelajar JPPKK, En. Amalulkhair bin Sarbini dan Pegawai Hal Ehwal Pelajar PMS, En. Mohd Hazely bin Abdul Rahim.

PMS telah dijemput sebagai pempamer dalam mempromosikan kemasukan pelajar ke politeknik serta menyebarluaskan program yang ditawarkan di POLYCC. Sambutan dari pelajar dan masyarakat sekitar adalah amat menggalakkan.


Berikut adalah surat jemputan sebagai pempamer bagi program B40 UPU2U 2022 yang telah diadakan sebagai rujukan :

https://drive.google.com/file/d/19YHd6KImwGEFo5rXreeASZxPCn_nVnNv/view?usp=share_link

Thursday, June 16, 2022

PROGRAM HALA TUJU PELAJAR ORANG ASLI ROMPIN

 

8 Jun 2022 - Pegawai Hal Ehwal Pelajar bersama Pegawai Perhubungan Awam PMS telah mengadakan promosi kemasukan ke Politeknik Muadzam Shah kepada seramai 17 orang asli yang bertempat di Pusat Intelek Pelajar Orang Asli, Rompin. Program Hala Tuju Pelajar Orang Asli bagi lepasan SPM dan STPM ini bertujuan memberi ruang dan peluang untuk masyarakat orang asli menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi selain daripada mampu untuk mengubah taraf kehidupan mereka.


Surat panggilan bagi program tersebut adalah seperti lampiran dibawah

Thursday, May 19, 2022

JOM MASUK IPT 2022 FASA 2


Jangan ketinggalan, temui kami di Jom Masuk IPT 2022 di :

Zon 5 Sabah : (4 & 5 Jun 2022), Kota Kinabalu, Sabah International Convention Centre (SICC)

Zon 6 Timur : (11 & 12 Jun 2022), Kelantan, Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok

Zon 7 Timur : (17 & 18 Jun 2022), Terengganu, Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UnSZA Kampus Gong Badak

Zon 8 Selatan : (24 & 25 Jun 2022) Johor, Dewan Sultan Ibrahim, UTHM Kampus Parit Raja.

Inilah medan terbaik untuk anda mendapatkan pelbagai informasi tentang melanjutkan pengajian di Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dalam negara melalui sesi konsultasi bersama BKPA JPT serta pempamer yang mengambil bahagian.


Tuesday, March 8, 2022

JOM MASUK PMS

 

JADIKAN POLITEKNIK MUADZAM SHAH, PILIHAN ANDA

Graduan bidang TVET semakin mendapat perhatian dan buruan oleh pihak industri. Di mana anda boleh mendapatkan pendidikan TVET yang berkualiti ?

Sertai kami di Politeknik Muadzam Shah !

Berita baik untuk lepasan SPM yang tidak tahu arah tuju dan mahu melanjutkan pengajian dalam bidang teknikal dan vokasional. Nak tahu tak ? Permohonan kemasukan ke Politeknik Muadzam Shah kini telah dibuka melalui portal UPU Online bagi program sepenuh masa Sesi I 2022/2023.

Yuran Pengajian ? Serendah RM 200.00 sahaja untuk satu semester dan kami juga menyediakan kemudahan asrama dengan bayaran serendah RM 360.00 untuk satu semester.

Tempoh Pengajian :

  • 36 bulan (6 semester) bagi program diploma

Hala tuju selepas tamat pengajian di politeknik :

  • Boleh bekerja di industri;
  • Bergelar usahawan berjaya dan
  • Melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.
  • Mengapa politeknik perlu menjadi pilihan anda
  • Institusi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (100% kerajaan)
  • Peluang luas untuk melanjutkan pengajian pengajian ke peringkat yang lebih tinggi
  • Kadar kebolehpasaran graduan yang tinggi.