Monday, February 14, 2022
Monday, February 7, 2022
MEMPROMOSIKAN PMS
Kenangan padan tahun 2018 sewaktu mempromosikan Politeknik Muadzam Shah sempena Karnival Pendidikan dan Kerjaya bertempat di Perpustakaan Siber PMS. Pelajar-pelajar sekolah disekitar Muadzam Shah juga turut memeriahkan karnival yang julung-julung kali diadakan di PMS. Jom Masuk PMS!
JOM MASUK POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI 2022
36 buah politeknik di seluruh Malaysia yang menawarkan 7 program Sarjana Muda, 70 program Diploma dan 5 Sijil Kemahiran Khas. Yuran Pengajian sebanyak RM 200.00. Jom realisasikan impian TVET ANDA bersama kami!
105 buah Kolej Komuniti di seluruh Malaysia yang menawarkan 16 program Diploma, 40 program Sijil dan 8 Sijil Kemahiran Khas. Yuran Pengajian hanya serendah RM 200.00 sahaja. Apa lagi mohonlah sekarang.
Friday, February 4, 2022
PROMOSI KEPADA ORANG ASAL
19 Ogos 2020 - Satu taklimat telah diadakan pagi tadi bagi mempromosikan kemasukan pelajar ke PMS sempena Sambutan Hari Orang Asal Sedunia Peringkat Daerah Rompun, Pahang yang berlangsung dari 17-20 Ogos 2020 bertempat di Kg Petoh. Taklimat disampaikan oleh En. Mohd Hazely bin Abdul Rahim, Pegawai Hal Ehwal Pelajar yang memberi fokus kepada peluang untuk melanjutkan pelajaran kepada orang asal.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
JADIKAN POLITEKNIK MUADZAM SHAH, PILIHAN ANDA Graduan bidang TVET semakin mendapat perhatian dan buruan oleh pihak industri. Di mana anda ...