Cabaran agak kritikal juga menyebabkan PMS perlu mengubah corak dan strategi untuk menambah kemasukan pelajar. Perhatian utama adalah bagaimana merancang pelan tindakan dan segera mengatur langkah strategi baharu mengikut senario semasa. Kita tidak boleh hanya berfikir dalam kerangka yang sama dalam merealisasikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) PMS. Apabila negara dilanda COVID-19, pendaftaran penuntut untuk belajar secara bersemuka turut terganggu. Dikhuatiri jumlah pengambilan pelajar juga menurun.
Oleh itu, Unit Hal Ehwal Pelajar PMS merancang pelbagai idea dan strategi baharu dengan mengadakan pelbagai siri perbincangan bersama pihak berkepentingan. Jika diimbas promosi sebelum ini ia dilakukan secara konvensional melalui pameran pendidikan, karnival dan ekspo menjadi mediaum utama untuk bertemu prospek pelajar secara fizikal.
Kini pertemuan di alam maya menjadi pendekatan utama kerana lebih efektif dan trend ini digunakan hampir semua IPT. Beberapa platform efisien digunakan untuk membantu promosi dalam talian yang memberi peluang kepada orang ramai menggunakan beberapa kaedah seperti pameran, perbualan secara teks, audio dan video serta lawatan maya untuk berinteraksi.
Sebagai salah sebuah politeknik yang berfokus, PMS peka dengan perubahan persekitaran yang bukan hanya menuntut pembaharuan dalam bentuk fizikal malah daya pemikiran. Beberapa perubahan dasar dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dirai utuk terus mengukuhkan pembudayaan ilmu serta melestarikan usaha melahirkan lebih ramai cendekiawan dan profesioanal.
No comments:
Post a Comment