Wednesday, January 26, 2022

JOM MASUK IPT 2022

 

Tarikh Dan Lokasi Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) Tahun 2022. Jadual KPTN Jom masuk IPT 2022? Musim kesibukan buat pelajar SPM dan STPM yang berhajat untuk menyambung pengajian tinggi mereka melalui UPU bakal tiba. Sehubungan dengan itu, berikut dikongsikan Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2020 atau juga dikenali sebagai Karnival Jom Masuk IPT buat panduan dan rujukan pelajar. Karnival KPTN bakal memasuki edisi ke 16 tahun ini dan akan diadakan di beberpaa negeri dan zon diseluruh Malaysia yang dijangkakan bermula dari awal Februari 2022 hingga minggu akhir bulan Februari 2022.

Program anjuran Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) ini bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai dalam mendapatkan maklumat terperinci berkaitan dengan program pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA), Kolej Komuniti, Politeknik dan ILKA. Pelajar juga boleh berjumpa terus dengan wakil-wakil dari universiti dan kolej semasa pameran untuk mendapatkan maklumat melanjutkan pengajian, pembiayaan pendidikan dan syarat-syarat kelayakan yang diperlukan.

Antara manfaat hadir ke karnival ini adalah seperti berikut :

  • Mendapatkan maklumat mengenai institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini termasuk pelbagai program yang ditawarkan.
  • Mendapatkan maklumat jelas berhubung peluang melanjutkan pengajian di IPT termasuk program yang ditawarkan mengikut kesesuaian kelayakan akademik seseorang pelajar.
  • Memberi idea dalam melanjutkan pengajian tinggi dan halatuju pengajian seterusnya.
  • Memudahkan pelajar untuk membuat keputusan yang tepat dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kelak.
  • Mendapat nasihat pemilihan program pengajian dari wakil IPT.
  • Memperolehi maklumat yang lanjut berkaitan pemilihan program pengajian yang diminati.
  • Membuat perbandingan di antara satu institusi dengan institusi pengajian yang lain.


No comments:

Post a Comment